Wednesday, October 26, 2011

Cakna IT dan Komputer

Selamat datang ke Jogho-IT blogspot! Satu-satunya blog informasi dan komputer FREE untuk tatapan semua. Sama-sama kita saling bantu membantu menabur ilmu dan bakti kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu IT dan komputer.

Sebagai penulis blog ini, saya amat berharap ianya dapat sedikit sebanyak menambah banyakkan lagi blog berbahasa Melayu, berkongsi idea tentang info, tips, panduan dan tutorial tentang dunia IT dan komputer. Cerita pasal fakta dan bukan pasal hiburan dan dongengan. Jogho adalah frasa loghat Kelantan yang bermaksud "Juara" - maka marilah kita-sama-sama cuba untuk menjadi Juara dalam ilmu komputer, insyaAllah.

Kalau kita semua cakna IT, kita akan memperbanyakkan ilmu di dada kita dengan ilmu IT sepertimana juga kita Cakna Agama - di mana kita berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan AGAMA itu sebagai sumber segala-galanya dalam hidup.

Entri ni mungkin nampak formal sedikit, tapi yang pasti ianya tidak akan formal sebegini. Artikel-artikel seterusnya mungkin akan bercampur baur dan menjadi rojak dengan pelbagai slang, rasmi dan tak rasmi, malah akan disertakan juga Bahasa Inggeris sebagai bahasa cerita pada entri-entri. Jadi, tak payah rasmi-rasmi - jom kita sama-sama enjoy blog IT picisan ini...

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More